Tuesday, August 19, 2014

Part 10 : RS & AJ





SALAM!!!!



Akhirnya kita telah pun sampai ke penghujung cerita RS & AJ. Lotih den. So, penutup cerita ni ialah kisah honeymoon. Weewoooo...



Mula2 masa bincang2 nak honeymoon, ada 3 tempat yang kitaorg dah narrow down kan. 


1) Maldieves
2) Japan
3) Bali or Krabi


Maka bermula lah pencarian ticket. Search punya search, masa aku tgh sibuk tu Air Asia takde pergi Maldieves. Lepas tu macam2 jenis syarikat penerbangan aku try. Ada satu tu sampai 35k. Aku cam...... Pergilaaa mati kan.. nak spend sampai 35k untuk tiket jek. Then cakap kat Wan, Maldieves takyah lah sebab tak mampu. Yelah untuk manusia gaji bawah poverty level memanglah tak mampu. HAHAHHAHAHAHA. Bak kata baba,'ukur  baju di badan sendiri" hakhak. Bye bye Maldieves I see you in court ....... #lawakhambar




Then second choice is Japan. Kebetulan masa kitaorg nak pergi tu tengah Sakura. Perghhh memang melompat harga tiket and hari nya tak boleh... Sebab cuti seminggu dah apply.. takleh ganjak sebab naik je cuti aku dah start kerja lain... Masa ni aku dah sedih dah.. sebab kitaorang ada kawan kat sana yang boleh bagi tempat tinggal. Tapi dah tak berjodoh.............................. byebye Sakura.




Last choice is Bali or Krabi. Masa ni asyik dok tanya2 spontan, nak Bali ke Krabi? Wan macam berat ke Bali. Aku berat ke Krabi. Last2 Krabi jugak jadi pilihan.. GIRLPOWER! . Baba tolong belikan tiket. Mama bagi credit card untuk hotel. Paling takleh blah, dengan bijaknya aku pergi book tiket pukul 7 pagi. Gila laaaa... so pukul 5 dah kena ada kat airport. perghhhhh nasib ada kawan Wan, Farid ni baik hati nak hantar. Thanks Farid. 



Masa nak pergi honeymoon ni memang kitaorg penat gila sebab baru habis majlis belah Wan. Aku cuti beberapa hari pergi honeymoon :)


Muka berlemoih tapi happy gila. SUMPAH!



Matahari terbit. SubahanALLAH..



Aku cam laaaa ni ke krabi.. cam Kelantan jekkk BAHAHHAHA.










Masa sampai2 Krabi tu pagi, dalam pukul 9 kot. Then terus naik teksi balik resort. Resort yang kami pilih ni dia macam ala ala back to nature sikit sebab Wan nak mcmtu. Nak privacy. HAHA. Tapi memang best dia macam pondok yang eksklusif lah. Ada balkoni ada tempat jemur kain dalam bilik. Kira luas lah. Bilik kitaorg betul2 depan swimming pool.


Wan siap cakap "hish... hutan sgt ni, sesilap ada babi hutan bawah pondok ni" lakkkkk. Tapi memang sentiasa dengar bunyi cengkerik. HAHAHA.. pencinta semulajadi sangat kannnn... *muntah* .. Aku lupa amik gambar resort (-_____________-) ... Sampai resort je Wan terus booked scooter untuk seminggu. Lepas tu...... masuk bilik je dua dua tidur terbongkang. Penat Ya Ampun. Sedar2 dah tengahari. HAHA.



 Ihsan google


 Bilik kitaorg sebijik mcmni


  Dia cam pondok atas bawah. Kitaorg belah bawah.


Bila malam..... hmmmm HAHAHA



Bila dah petang tu, kitaorg jalan2 keliling Krabi. Pastu pergi Tesco beli barang makanan. Tesco dia lebih kurang sama je mcm Tesco sini cuma warna tema dia hijau. Tapi ok lah... Lepas tu pergi makan... Aku memang excited nak try makan pancake yang orang gembar gemburkan. Kemain kan korang... mcm sedap sgt jekkk hahahha. 


Bila malam, kitaorg jalan2 lagi guna kaki. Parking motor pastu jalan.... masa ni lah kitaorang amik package untuk island hopping semua. Harga dia lebih kurang sama je semua, dalam 1100 bhat. Apa sahaja barang nak tahu harga Malaysia, buang satu kosong kat belakang. Senang kan??





Ni keesokkan hari nya, breakfast on bed. Bahagia gila!!! HAHAHA. Yang buat breakfast tu ofkos lah aku. Kalau suruh Wan makan pokok luar tu je kot. Lepas breakfast terus pergi Island hopping..... Kitaorg pergi Island hopping dekat 4 pulau ni ;


Phra Nang Cave
Tup Island
Chicken Island
 Poda Island



 



Pitam kegelian...

















Aku sebenarnya takde lah syok sangat nak p Island hopping bagai, saje syok sebab pergi tu dengan Wan... dia yang buat benda tu best, bukan benda tu memang best HAHHAA. Sebab mcm first time bercuti dengan lelaki. Feeling tu mcm bahagia gila tanak balik. HAHAHA. So memang takde cerita terperinci setiap pulau sebab aku pun tak ingat pulau apa nama apa. HAHAHA. 



Dalam pukul 5 mcm tu kami pun balik ke darat balik.... Mandi semua, lepas tu jalan2... Masa kat Krabi ni memang make up free habis sebab muka burnt. Aiyooo walau dah tenyeh sunblock... haroommm... terbakor jugak... Lepas jalan-jalan kami pergi dinner... 



Dinner kat Krabi ni aku tatau lah kan, tapi portion dia memang YA AMPUN banyak gila. Saiz makan sorang boleh makan 4 orang, nak terberak jugak lah Wan habiskan. Aku memang taklah kan... Biasa lah aku kan manusia boring... makan bihun2 je HAHA. Bab makanan halal, takyah risau sebab melambakkkk... ko pilih je nak restoran ke kedai biasa... Harga pun murah...





Restoran apatah ni.. lupa dah...


Makan tak habis, balik kena makan lagi.. nak pengsan kekenyangan.... 


Lepas makan je lepak2 jap... nak tengok TV tak faham sebab bahasa Thailand.. So main handphone jelah.. Lepas tu buat anak... and tidurrrr...........


Esok nya bangun pagi2, untuk Island hopping ke Phi Phi Island.








Phi Phi Island ni kena naik speedboat sebab jauh. Layankan jelah...... katanya tempat Leonardo Dicaprio berlakon... ye kot.. tapi memang cantik gila air dia... Tapi orang tu tak kasi terjun kat sini, carrot sangat mamat Thai tu...



Petang tu balik memang flat gilaaaaaaaaaaaaaa............... tapi gigih... sbb nak shopping. Macam macam kitaorang beli. Budak resort tu kata kalau nak beli cenderahati better pergi Noppharat Thara beach, sana murah sikit compared to Ao Nang. Maka kami pun layankan... naik scooter.. Best gak... Tapi memang murah gila compared dengan harga kat Ao Nang. Tapi last2 kat Ao Nang pun kami beli gak... Choyyyy..



Malam tu kami makan tempat biasa...  Lepas makan pergi berurut, memang tersangat lah murah. Tolong lah pergi berurut kalau dah sampai Krabi. Rugi besar tak berurut... lepas tu biasa lah aku kan.... nak juga Starbucks... Skrg dah boikot.. Dulu belum, jgn emo pls... Harga sama je dengan kat Malaysia tapi takleh guna card Starbucks Malaysia... maka bayar lahhhhh...







Ada satu masa tu naik motor, aku bisik kat telinga Wan... "Rasa taknak balik kan? Sebab kita berdua je kat sini.... best" Tapi memang masa kat sana tak fikir pasal kerja langsung. HAHA. Betul lah orang kata, honeymoon ni agak penting jugak sebab ni kenangan yang kita akan ingat sampai bila2....


Maka malam itu berakhir dengan Indah....................



*Senyum sendiri*



Nasihat aku, beli ticket cari yang betul2 murah. Sebab ticket aku hari tu dua orang pergi balik dalam RM800++ . Aku dengar orang lain dpt harga lagi murah. Choyy!!! Total belanja semua hotel, ticket, makan, cenderahati semua adalah dalam RM2500++ Sebab kat sana pun kitaorg dok tukar duit lagi... Aku ni sangat tak boleh backpackers... Berangan lah kau Amni... Oklah... Sape nak p Krabi boleh lah pi.. Best jugak.. Or mungkin best sbb kami memang beach person... meow.



I love you husband. You complete me :)


Kbai.

No comments:

Post a Comment

#apaajmasak : Resipi Kueh Teow Goreng Mudah

SALAM Hi korang harini nak share resipi kueh teow goreng yang sangat mudah. Sangat mudah sampai ko boleh fikir logik HAHHAHAH ...